Sempena “BICARA PASCA PRU 14 – KESAN KEPADA NGO- NGO ISLAM”
Pada Sabtu, 2hb June 2018, jam 5.00 pm – 7.00 pm
Tempat: Dewan Tingkat 4, Ibu Pejabat PERKIM, Jln Ipoh, KL.
Bicara ini akan menemukan beberapa tokoh ilmuan dan pimpinan NGO yang akan membicarakan tajuk di atas. Tujuannya adalah untuk menghuraikan dan memahami, pertukaran scenario politik dalam negara dan kesan kepada pendekatan dan strategi NGO Islam dalam suasana baru ini. Its“Time for honest politics”. Satu paradox kerana politik selalunya sebelum di kaitkan dengan yang selainnya.
Ada berbagai concern dan ketidak pastian yang jika tidak di tangani dengan baik, boleh membawa kepada keresahan dan kekecewaan di kalangan umat Islam dalam negara. Natijahnya, pengundi melayu Islam mungkin menolak PH dalam PRU 15.
Usaha PH mendapatkan maklum balas dan cadangan perlulah di perolehi oleh semua pemegang taruh termasuk NGO2 Islam yang mewakili majority rakyat Malaysia, supaya satu gambaran yang menyeluruh dan tepat dapat diperolehi.
Suara-suara sumbang yang mungkin mencuba mempertikaikan perkara2 mengenai kedudukan istimewa agama Islam dan orang melayu saperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan atau berusaha untuk menyamaratakan agama, mengugat institusi Islam yang telah kian lama bertapak, bagi mentadbir hal ehwal Islam atas titah DYMM YDP Agung selaku ketua agama Islam. Kami nasihatkan, jangan menjejaskan keharmonian dan persefahaman di antara rakyat pelbagai agama dan bangsa yang selama ini, rata2 hidup aman damai.
Rakyat, terutamanya orang Melayu Islam, mengundi untuk menukar kerajaan kerana terhimpit dengan kos sara hidup, inginkan sebuah kerajaan yang akauntabil, telus dan kompeten, bebas daripada gejala rasuah dan salahguna kuasa. Mereka tidak mengundi untuk membenarkan fahaman asing saperti Liberal, pluralis agama, LGBT dan feminism. Mereka juga tidak mengundi untuk menyamaratakan kedudukan agama Islam dengan agama2 lain yang bebas pun di anuti. Dan sudah tentu mereka tidak mengundi untuk kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa melayu dan kedudukan raja2 Melayu di ganggu – gugat atau di perlekehkan.