1. #RasuahBusters dan rakan gabungannya mengecam sebarang tindakan bersifat
manipulatif dan berunsur sogokan oleh mana-mana parti politik terhadap para pengundi
dalam tempoh kempen sempena Pilihanraya Negeri kali ini, kerana ia bukan saja melanggar peraturan pilihanraya bahkan menggugat prinsip demokrasi yang dijunjung negara ini.
2. Ahli ahli politik harus bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan berkempen dan siasatan yang telus dan terperinci hendaklah dibuat ke atas mana-mana pihak yang
menyalahi mana-mana peruntukkan yang termaktub di dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan/atau mana-mana perundangan di Malaysia.
3. Dinamik politik Negara membuktikan bahawa badan siasatan seperti SPRM harus bebas menjalankan fungsinya tanpa sebarang pengaruh eksekutif demi memastikan keadilan kepada semua pihak. Untuk itu, #RasuahBusters dan gabungannya mengulangi agar reformasi institusi dilaksanakan segera untuk meletakkan SPRM di bawah Parlimen.
4. Ahli-ahli politik diseru untuk bersaing dengan sihat, serta tidak meletakkan kepentingan politik dan kemenangan parti sebagai keutamaan dengan menawarkan janji dan laba yang merosakkan kredibiliti kepimpinan mereka. Sebaliknya, setiap parti dan calon harus kekal fokus kepada menyelesaikan masalah sosio ekonomi jangka panjang yang terpaksa dihadapi oleh rakyat pada waktu ini.
5. Para pengundi diharap menjalankan amanah untuk turun mengundi serta membuat
pemilihan dengan adil, kritis dan waspada dalam menentukan halatuju negeri sempena
PIlihan Raya Negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos 2023 ini.
Kenyataan Media Bersama oleh:-
2. Transparency International Malaysia (TI-M)
3. Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)
4. Center to Combat Corruption and Cronyism (C4)
5. BERSIH
6. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
7. Gabungan Perikatan Gabungan NGO Islam Malaysia (ACCIN)
8. PATRIOT
9. UNDI 18
10.Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
11.Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)
12.Majlis Belia Malaysia (MBM)
13.Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
14.Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM)
15.Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
16.Malaysia Community Care Foundation (MCCF)
17.Philandure
18.Pertubuhan Permuafakatan Teman Sejati Gombak
19.Koperasi Majlis Ekonomi Halal Selangor Berhad (MEHKOP)
20.Asean Rohingya Center (ARC)
21.Global Humanitarian Initiative
22.Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA)
23.Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)
24.Universal Peace of Malaysia (UPF)