BUKAN ISLAM PERLU LEBIH TERBUKA, FAHAMI PELAKSANAAN MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI
Masyarakat bukan Islam perlu berfikiran lebih terbuka terhadap pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah seluruh negara.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, ini kerana ia sudah jelas bahawa modul berkenaan hanya disasarkan kepada pelajar dan guru beragama Islam, serta tidak mengganggu gugat pemahaman murid bukan Islam.