Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dengan kerjasama Masjid Al-Ghufran telah menganjurkan Bengkel Dakwah dan Penyerahan Sumbangan Ramadan Kepada Asnaf dan Muallaf pada 23hb Mac, pukul 5:00 petang di Dewan Konferens, Tingkat 2 Masjid Al-Ghufran.
Semasa Bengkel Dakwah, Dr Amir Farid, Pengerusi ACCIN, membentangkan topik pertama ‘Risalah Islam Sebagai Rahmatan Lil Alameen’. Ini diikuti dengan ‘Tuntutan Setiap Individu Muslim’ oleh Pendakwah Bebas, Ustaz Muhammad Fitri Abdullah. 15 minit terakhir adalah sesi soal jawab.
Selepas Bengkel Dakwah selesai pada pukul 6:15 petang, sesi Perasmian dimulakan oleh Timbalan Pengerusi MAG, Tn Hj. Kholid Wajadwani bin Mohamadan dan Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN, Ir Hj Mohd Jamaludin Shamsudin. Penyampaian sumbangan kepada 60 orang golongan mualaf dan asnaf bermula pada 6:30 petang.
Semua peserta dijemput untuk turun ke Kafe Ghufran pada pukul 7:00 petang untuk persediaan Majlis Iftar dan solat Maghrib.