Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) digesa tampil menyatakan pendirian tegas dengan mengisytiharkan terjemahan tepat bagi perkataan “god” ke bahasa Melayu seperti termaktub di dalam Akta 32, Bahasa Kebangsaan 1963.
Dalam kes terbaru Jill Ireland, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi minggu lalu yang membenarkan perkataan “Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan mereka untuk tujuan pendidikan iaitu Baitullah, Kaabah dan solat.
Gabungan Perikatan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Malaysia (ACCIN) berkata penjelasan itu perlu bagi mengelak kekeliruan di kalangan mereka yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Isu ini timbul berulang kali menyebabkan keresahan dan kemarahan umat Islam dalam negara. Rata-rata berpendapat terjemahan istilah “God” ke bahasa Melayu adalah “Tuhan” mengikut kamus bahasa DBP.
Rakyat beragama Islam terutamanya, berpendapat salah guna istilah akan terjadi jika terjemahan yang salah di benarkan sewenang-wenangnya. Mimpi ngeri melihat, contohnya “ Mari lah kita Solat kepada Isa Anak Allah di Baitullah Katolik kita””. Walhal dalam doktrin agama Islam jelas dan tepat, Allah itu Esa. Tidak beranak dan tidak di peranakan.
Contoh penggunaan kalimah Allah dalam doktrin keagamaan yang lain seperti ‘trinity’ berbanding ‘Yang Esa’ boleh membawa kepada kekeliruan dan berbentuk penghinaan. Perkataan “Allah” menjadi kata nama khusus yang merujuk kepada sifat suci dan ketuhanan umat Islam.
Bolehkah penganut Kristian di kalangan bangsa India mengunakan perkataan “Brahma” untuk God dalam kitab Injil apabila di terjemahkan ke bahasa Tamil? Sudah tentu tidak, kerana “Brahma” adalah nama khusus.
Yang sebenarnya, Bible asal bukan di tulis dalam bahasa Inggeris. Ia di tulis dalam bahasa Greek, kemudian Latin. Dan dalam bahasa Greek dan Latin tidak ada perkataan Allah.
Apabila penganut agama lain ingin mengembangkan agama mereka di kalangan orang yang di jajah dengan slogan “For the Gospel and Gold”, mereka mengunakan perkataan Allah untuk Tuhan dalam kitab-kitab mereka. Umpamanya di Mesir di mana mereka bertutur dalam bahasa arab dan bible pun dalam bahasa tersebut.
Sebelum ini, pada tahun 2017 satu delegasi dari ACCIN pernah mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu kalimah Allah dengan Ketua Pengarah DBP Datuk Abdul Adzis Abas ketika itu dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran.
Pertemuan itu di adakan sebab Pengerusi ACCIN ketika itu, Hj Mohd Jamaludin Shamsudin bimbang dengan keadaan semasa dan menyifatkan ketegangan masih belum reda ekoran isu kalimah Allah
“Ada kekeliruan di kalangan orang Islam dan beberapa denominasi Kristian, berpunca daripada tak mahu menerima keputusan mahkamah dalam kes The Herald,” katanya.
DBP sanggup ke makhamah beri penjelasan
ACCIN menggesa DBP, sebagai otoriti bahasa Kebangsaan agar tampil sekali lagi memberi penerangan kepada umum bagi memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di negara ini.
Mengalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa seperti larangan menyebarkan agama lain kepada umat Islam dalam enakmen negeri-negeri.
DBP memaklumkan bahawa mereka, ketika perjumpaan tiga tahun lalu, bahawa ia bersedia untuk memberi penjelasan termasuk di mahkamah sekiranya diminta berbuat demikian.
DBP bersedia untuk tampil memberi penjelasan tentang isu ini apabila perlu dalam bentuk apa pun, sekiranya mahkamah panggil mereka sanggup nak pergi.
Namun sehingga ini, perkara ini masih belum berlaku. Penjelasan ini semakin perlu hari ini memandangkan salah guna istilah boleh berlaku jika perkara ini tidak di bendung mengikut lunas Akta Bahasa Kebangsaan 1963.
Ir Mohd Jamaludin Shamsudin
CEO ACCIN
18 hb March 2021