KENYATAAN MEDIA – 27 JANUARI 2012
Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) yang dianggotai oleh PERKIM, PUM, MUAFAKAT, AL-HIDAYAH, IIS, JAM’IYAH, ABIM, JIM, MACMA, HUNAFA’, DARUL FITRAH, RICOI, IMAN, DARUL SYIFA’, ISMA, WAMY dan GEPIMA mengucapkan salam sambutan “Gong Xi Fa Cai”, “Hari Wilayah”, “Maulidur Rasul” dan “Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama” kepada semua warga Malaysia. |
|
ACCIN menyeru warga Malaysia untuk sekeras-kerasnya menolak semua bentuk Religiophobia, khasnya Islamophobia, termasuk insiden terkini yang menafikan hak berpakaian muslim dalam pertandingan renang berdasarkan peraturan Persatuan Renang Antarabangsa (FINA). ACCIN yakin banyak lagi peraturan antarabangsa yang menafikan hak Syariah untuk muslim di tanahair muslim sendiri perlu dinilai kembali untuk pendekatan yang lebih adil dan seimbang. | |
ACCIN menyeru semua untuk menginsafi bahawa Islamophobia banyak berlaku sejak zaman permulaan Islam dan kemerdekaan negara lagi. Namun mutakhir ini, fenomena tersebut membimbangkan warga Malaysia yang prihatin kerana Islamophobia terus meningkat mengikut tren globalisasi dunia dan mengancam perhubungan antarabangsa, rantau dan nasional. Ucapan kontroversi Pope Benedict XVI yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan kempen pengharaman Syariah, contohnya, perlu menjadi pengajaran penting buat semua.ACCIN mengalukan perhatian badan kerajaan, badan bukan kerajaan dan warga prihatin terhadap laporan yang dikemukakan En. Doudou Diene, Pelapor Khas PBB (Pertubuhan Bangsa Bersatu) mengenai Bentuk Semasa Rasisme, Diskriminasi Rasis, Xenophobia dan Sikap Tidak Bertoleransi kepada Sesi Ke-6 Majlis Hak Asasi Manusia (UNHRC) di mana Islamophobia didefinisikan sebagai “suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau kebencian terhadap orang Islam atau majoriti daripada mereka”.
ACCIN mendapati Islamophobia di Malaysia bukan fenomena baru dan ingin menarik perhatian seluruh warga Malaysia seterusnya kepada laporan dan kaji selidik Islamophobia oleh pelbagai badan berkredibiliti antarabangsa seperti PBB, OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam), USA Today/Gallup Poll, Human Rights First, Pew Research Center Report dan seumpamanya yang mengesahkan ia benar-benar berlaku di seluruh dunia dalam pelbagai menifestasi, termasuk media, intelektual, politik, perundangan, kartun dan struktur institusi. Contohnya, sedari zaman awal kemerdekaan dan pembentukan negara, semua yang berbaur Syariah Islam dan identiti Islam mudah ditolak mentah-mentah, difitnah secara terbuka oleh media, parti politik, NGO dan individu tidak prihatin sebagai undang-undang kolot, bodoh, melanggar hak asasi manusia, mendiskriminasi non-muslim dan sebagainya. Kes pengharaman Syariah dalam pertandingan renang di pelbagai pusat akuatik, hotel dan kawasan peranginan negara menjadi sebahagian contoh produk Islamophobia yang pahit untuk ditelan oleh seluruh ummah Islam dan warga Malaysia. ACCIN juga ingin menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan apabila bertindak menyokong “Deklarasi Dari Mesyuarat Penyelarasan Tahunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Bagi Negara Anggota OIC Yang Menentang Islamophobia” di Ibu Pejabat PBB, New York pada 24 September 2010. ACCIN ingin memberi keyakinan bahawa sokongan tersebut dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan berorientasikan hasil. ACCIN mendesak Malaysia agar menyegerakan penubuhkan khusus “Malaysia Islamophobia Observatory” untuk diselaraskan dengan “OIC Islamophobia Observatory” dan seterusnya “UN Islamophobia Observatory” yang bakal ditubuhkan. Ini memandangkan Malaysia bukan sahaja negara anggota OIC yang berfungsi sebagai “PBB Dunia Islam”, bahkan Malaysia juga negara anggota PBB yang turut menyokong kelulusan resolusi “Memerangi Fitnah Terhadap Agama” dan “Memerangi Islamophobia”. Akhirnya, ACCIN mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dan pembuat dasar sama ada muslim atau non-muslim di dalam dan di luar negara, termasuk PBB, OIC, kerajaan, parti politik, NGO dan individu yang turut bersama dalam membina persefahaman dan mengarusperdanakan kembali agama. ACCIN sentiasa memantau Islamophobia, menawarkan dialog dan kerjasama serta yakin seluruh warga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, budaya dan kecenderungan politik sedia menyokong pemimpin masyarakat untuk bersama “Memerangi Religiophobia dan Islamophobia”. DATUK ZAINAL ABIDIN BIN AB. |
My Journey to ISLAM Ms Nurul Nadhirah Liew
My Journey to ISLAM. It is our pleasure to have invited a very honorable guest, Ms. Nurl Nadhirah Liew bt...
Read more