ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.
PERANAN ACCIN
Satu daripada kejayaan terbesar ACCIN ialah membendung usaha pembentukan Inter Faith Commission (IFC) dengan 14 tuntutan – satu usaha untuk menyamaratakan kedudukan agama di Malaysia dan mengugat kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan. Usaha ini berterusankerana tuntutan tuntutan ini terus dibuat dengan berbagai cara kaedah dan helah.
ACCIN juga di iktiraf kerajaan sebagai wakil gabungan NGO Islam dalam JK Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian di antara Penganut Agama (JKMPKA). JK ini yang dilantik oleh cabinet Malaysia bertujuan mempromosikan persefahaman dan keharmonian di antara penganut agama.
Pemimpin-pemimpin agama, aktivis dan ahli akademik agama bersama bergabung tenaga dan kepakaran dalam usaha kearah membentuk masyarakat Muhibbah.
FOKUS ACCIN
Sebagai sebuah gabungan kebangsaan ACCIN merancang untuk memperkukuhkan aktiviti-aktivitinya pada skala yang lebih besar dan lebih bersatu dalam usaha untuk bertindak sebagai badan pemantau mewakili masyarakat madani melindungi kedudukan agama Islam dan umat Islam di Malaysia secara objektif dengan tegas dan berhemah.
Dengan keanggotaannya terdiri daripada gabungan NGO Islam yang paling berpengaruh dalam negara, ACCIN mempunyai potensi yang besar untuk memainkan peranan yang penting dalam kerja-kerja dakwah Islamiah dan memperjuangkan kedudukan mulia Islam.
ACCIN juga bertekad untuk menyampaikan risalah Islam sebagai “Rahmatan Lil Alamin” dan berusaha membina sebuah negara Malaysia yang penuh harmoni, muhibbah dan aman bertunjangkan kepada Islam sebagai Agama Persekutuan.
PENGERUSI ACCIN
2021
Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim
2019-2020
Ustaz Ab Razak Mahadi
Darussyifa’
2017-2018
Tuan Haji IR Mohd Jamaludin Mohamed Shamsudin
PERTUBUHAN IQRA’ MALAYSIA (PIM)
2015-2017
Ustaz Shahrin Awaluddin
WORLD ASSEMBLY OF MUSLIM YOUTHS (WAMY)
2014
UST ABDULLAH ZAIK ABDUL RAHMAN
ISMA
2012
DATUK HJ ZAINAL ABIDIN ABDUL KADIR
PERKIM
2011
DATO’ AL-SHEIKH HJ ABDUL HALIM BIN AND KADIR
PUM
2010
DATUK DR. OSMAN BAKAR
MUAFAKAT
2009
HJ ABDUL LATIF BIN ABDULLAH
AL-HIDAYAH
2008
HJH ZABARIAH ABDULLAH
IIS
2007
TN HJ MOHAMED SAID BIN HJ MOHAMED RAZI
JAM’IYAH
2006
DR YUSRI MUHAMMAD
ABIM
2005
HJ ZAID KAMARUDDIN
JIM
2004
DATO’ DR. MUSTAPHA MA
MACMA
2003
DR DZULKHAINI HJ HUSAIN
AL -HUNAFA
2002
DR DZULKARNAIN AFERO ABDULLAH
DARUL FITRAH
2001
DR. AMIR FARID ISAHAK
RICOI
AJK ACCIN
Pengerusi: | Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim |
Ketua Pegawai Eksekutif: | Tuan Hj Ir Mohd Jamaludin Mohamed Shamsudin |
Setiausaha Kehormat: | Adam Shah Abdul Rahim |
Bendahari: | Rafidah Harun M Hashim |
Admin: | Idris Kamil |
Ahli Jawatankuasa: |
20 Ahli NGO Gabungan ACCIN
JK Biro Pengurusan, Kewangan & Media
JK Biro Undang-undang, Kajian Isu dan Pendirian ACCIN
JK Biro Dakwah
JK Biro Program Remaja & Pelapis
JKMPKA
SEKRETARIAT |