Program ACCIN, dengan kerjasama IKRAM Selangor.
Tarikh: Sabtu, 21 September 2024
Masa: 8:30 pagi – 1:30 petang
Mutakhir ini kita dapat melihat isu ekstremisme dan Islamophobia sangat membimbangkan baik dalam dunia global mahupun domestik. Kes Ulu Tiram di Malaysia dan kes rusuhan di United Kingdom adalah kes terkini yang melibatkan kedua dua gejala negatif ini.
Kedua dua gejala negatif ini yang walaupun saling bertentangan namun mempunyai kesan yang sama iaitu mewujudkan suasana tidak aman, ketegangan kaum serta agama dan akan pasti merencat dan mengagalkan hasrat pembinaan Malaysia Madani.
Ucaptama dan Perasmian: YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM
Panelis:
1. Dr. Azman Hussin, Pegawai Tugas-Tugas Khas YB Menteri Kementerian Dalam Negeri
2. Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin, Pensyarah Kanan UIAM
3. Dato’ Zulkarnain Mohd Yasin – Timbalan Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Moderator: Hj Roslan Mohamad, Pengerusi JKPM IKRAM