SHAH ALAM – Perikatan Gabungan Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (ACCIN) berpandangan sekiranya rasuah gagal dibendung di Malaysia, tidak mustahil negara ini akan menempuh keadaan sama seperti Sri Lanka.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Mohd Jamaludin Shamsudin menyimpulkan perkara itu berikutan negara berkenaan kini di ambang beban hutang yang banyak.
Jelasnya, kesan rasuah akan menyebabkan sistem penyampaian kerajaan menjadi tidak efisien dan tidak sempurna.