Alhamdulillah Iftar ACCIN bagi tahun 2021 telah selamat dijalankan di Pusat Rawatan Kecil Darussyifa’ Semenyih pada 17hb April 2021.
Antara jemputan khas ke Iftar adalah Dr Saleh Mubarak Barzaed , CEO NAMA Foundation, Dr Sayyid Hussain dan pegawai-pegawai tertinggi Darussyifa’.
Solat berjemaah tarawih juga telah dilaksanakan di surau Darussyifa’.
Sebelum Iftar, ACCIN telah mengadakan satu majlis penyerahan sumbangan duit raya kepada Sekolah Tahfiz Anak Yatin Alkitab Semenyih. STAY Alkitab juga telah menerima bungkusan iftar untuk 20 orang anak yatim.