CEO ACCIN, Mohd Jamaludin Shamsudin, mengambil bahagian sebagai ahli panel di World Humanitarian Drive International Peace Forum 2021 “The Road to Peace in the New Millennium”. Program ini dianjurkan oleh World Humanitarian Drive Malaysia, hari Rabu, 20 Januari pada pukul 12 tengahari U.K. / 8 malam Malaysia melalui FB Live.
Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli panel dari pelbagai latar belakang dan negara untuk berikan pendapat tentang apakah yang dimaksudkan tentang keamanan dan bagaimana untuk mencapai keamanan dalam dunia yang masih dibelenggu oleh konflik dan persengketaan disebabkan oleh peperangan atau retorik politik yang tidak bertanggungjawab.