Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN) akan menganjurkan sebuah program berbentuk diskusi seperti berikut:
26 Jun 2015; bersamaan 9 Ramadhan 1436H (Jumaat)
2:30 petang – 10:00 malam
di Auditorium, Blok A, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi
Pendahuluan:
Kewujudan pelbagai badan dan organisasi dakwah di Malaysia menggambarkan keprihatinan ummah untuk melaksanakan tanggungjawab yang amat berat ini. Justeru terdapat pelbagai agenda dan pendekatan dakwah yang sedang beroperasi di dalam masyarakat.
Namun jika ia tidak diselaraskan dengan baik dan berkesan sudah pasti akan berlaku pertindihan bahkan perselisisahn di antara sesama umat yang tidak menguntungkan Islam. ACCIN sebagai sebuah gabungan NGO Islam komited untuk meningkatkan ‘smart-partnership’ di kalangan ahlinya dan lain-lain pihak yang berkepentingan.
Objektif Program:
- Membincangkan agenda dan pendekatan dakwah dalam masyarakat majmuk di Malaysia
- Melancarkan Tabung Dakwah ACCIN
- Mengeratkan ikatan ukhuwwah dan mengimarahkan Ramadhan yang mulia
Tentatif:
2:30 petang : Kehadiran dan Pendaftaran Peserta
3:00 petang : Pembukaan Majlis
3:10 petang : Pembentangan Kertas Diskusi
4:40 petang : Solat Asar
5:00 petang : Diskusi & Resolusi
6:00 petang : Ketibaan Tetamu Kehormat
6:15 petang : Ucapan Ustaz Shahrin Awaludin,