KENYATAAN MEDIA
DATO’ PADUKA DR. IBRAHIM ALI
PRESIDEN
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
18 JULAI 2017
13.15HRS
PASTOR JOSHUA WOO JANGAN BIADAP DENGAN UMAT ISLAM
1. PERKASA merujuk kepada laporan terkini dalam portal berita dalam talian http://www.pru14.tv/2017/07/05/al-quran-benarkan-kafir-murtadkan-umat-islam-ahli-majlis-dap bertajuk “Al-Quran Benarkan Kafir Murtadkan Umat Islam – Ahli Majlis DAP”.
2. Pastor Joshua Woo Sze Zeng mendakwa Al-Quran membenarkan golongan bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada umat Islam namun perundangan Malaysia menjadi batu penghalang.
3. Paderi Kristian ini menafsirkan sesuka hati terjemahan ayat al-Quran yang berbunyi “Untukmu agamamu, dan untukku agamaku” (Surah Al-Kafirun: 6). Tafsirannya juga ternyata salah. Bagi ayat 5 dan 6 Surah Al-Kafirun, maksudnya adalah seperti berikut: “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat (5) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat” (6).
4. Sebab penurunan ayat ini (Asbab Al-Nuzul) ini adalah kerana pelawaan orang-orang Kafir atau Musyrikin Quraish kepada Rasulullah SAW. untuk menyembah tuhan (berhala) yang mereka sembah. Mereka ingin mengajak Rasulullah SAW. dan para sahabat ra. untuk menyembah tuhan orang-orang Musyrikin Mekah dalam waktu satu tahun, kemudian orang orang Musryrikin Quraish akan menyembah Allah SWT. selama satu tahun juga pada tahun berikutnya. Dari peristiwa itu, kemudian Allah swt menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjawab pelawaan kaum Kafir tersebut. Jadi, maksud sebenar ayat ini bukanlah “Untukmu agamamu, dan untukku agamaku” seperti yang dikelirukan oleh Pastor Joshua Woo Sze Zeng.
5. Bagi menghalalkan usaha untuk murtadkan orang Islam, paderi ini menegaskan bahawa penganut Kristian sepatutnya perlu dibenarkan untuk berdakyah kepada umat Islam Malaysia kerana itu merupakan tuntutan agama mereka. Ini merupakan pembohongan yang nyata. Beliau berkata, “Sekiranya ajaran al-Quran tentang saling menghormati amalan-amalan agama dipenuhi, tentulah hak golongan bukan Islam untuk berdakyah kepada umat Islam dipertahankan sebagaimana hak orang Muslim untuk berdakwah kepada Kristian dipertahankan”.
6. Dalam konteks Malaysia, hak bukan Islam untuk berdakyah kepada umat Islam sememangnya tidak dibenarkan. Ini dengan jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah beliau buta Perlembagaan Persekutuan atau tidak pernah membacanya? Perlembagaan Persekutuan membenarkan menganut dan mengamalkan agama masing-masing (Artikel II (1), Perlembagaan Persekutuan). Akan tetapi terdapat larangan penyebaran dan pendakyahan agama selain Islam kepada orang Islam (Artikel II (4), Perlembagaan Persekutuan). Maka, kenapakah Pastor Joshua masih berdegil tidak mahu memahami perlembagaan dan membawa tafsiran yang salah pula mengenai ayat Al-Quran seperti yang dinyatakan di atas? Beliau juga sepatutnya tidak mempertikaikan hak umat Islam untuk berdakwah terhadap golongan bukan Islam kerana Islam adalah agama Persekutuan.
7. Inilah padahnya apabila umat Islam berdiam diri, orang kafir akan mula naik tocang dan tidak sedarkan diri. Apabila mereka bercakap seolah-olah mereka lebih tahu mengenai Al-Quran dan agama Islam maka petandanya mereka sedang bersungguh-sungguh untuk mengharu-birukan Islam dan umat Islam. Beliau juga mengeluarkan kenyataan tersebut dalam tulisannya yang disiarkan dalam portal The Malay Mail Online dan Free Malaysia Today.
8. Umat Islam perlu mengambil sikap berhati-hati terhadap Pastor Joshua kerana beliau juga bergiat aktif dalam politik DAP dan Pakatan Harapan. Pastor Joshua Woo Sze Zeng berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Divinity daripada Trinity Theological College di Singapura. Ini bermakna beliau memang terdidik dan terlatih dalam evangelisme dan pendakyahan Kristianiti.
9. Beliau juga adalah ahli gerakan dakyah Kristian antarabangsa, World Reformed Fellowship (WRF) dan pernah berkhidmat sebagai pendakyah agama Kristian dan mengetuai program latihan bagi kader-kader penggerak evangelisme dan dakyah Kristian daripada pelbagai gereja di Singapura dan rantau Asia Tenggara dan Asia-Oceania.
10. Beliau juga terbabit dalam politik di Malaysia sebagai pegawai khas Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ahli Majlis DAP bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam masa yang agak singkat.
11. Pastor Joshua pernah menimbulkan masalah sebelum ini. Dalam laman blognya, beliau pernah menuduh sistem pendidikan negara sendiri sebagai ancaman bagi agama Islam di samping menyenaraikan pelbagai hujah-hujah termasuk daripada hadis Nabi yang membenarkan umat Islam untuk murtad tanpa dijatuhkan sebarang hukuman.
12. Perkasa memberi amaran keras kepada beliau agar tidak bersikap kurang ajar dan biadap dalam konteks menyentuh sensitiviti umat Islam dan agama Islam dalam negara ini. Jika beliau masih berdegil, beliau akan tahu langit itu tinggi atau rendah.
13.Saya berharap kenyataan dan penjelasan saya ini tidak di salah faham dan di jadikan isu serta polimik kecam mengecam.Perkasa menjalin hubungan yg baik dgn CPHM terutama Pastor2 dan Bishop.Perkasa mahu kekalkan keharmonian yg baik dan jangan lakukan provokasi serta hurmatlah Perlembagaan dan Undang2 Negara.Yang penting Jaminan Keamanan Negara berterusan dan kekal mampan.
Sekian.